Merry Christmas! Kosmetik Korea Bernilai RM500 Percuma Buat Pembaca KOREA BUZZ!

Sempena menyambut perayaan Natal pada 25 Disember ini, team EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A dari Korea Selatan mahu memberikan hadiah Natal kepada pembaca setia segmen KOREA BUZZ. Menariknya, hadiah yang diberikan secara percuma ini merupakan kosmetik original dari Korea Selatan berjenama PURE THEORY yang bernilai RM500.

 

Barangan kosmetik yang bakal menjadi milik anda.

 

Hadiah yang mengandungi Semi Mate Lipstick, Creamy Lipstick, Lip Gloss, Sun Cushion, Liquid foundation, Contour & Blusher dan eyebrow pencil hanya akan diberikan kepada pembaca yang boleh mengikuti syarat yang telah ditetapkan. Difahamkan, kosmetik dari Korea Selatan ini telah menggunakan formula baru yang sesuai untuk wanita Malaysia khususnya tetapi masih mengekalkan identiti kecantikan Korea.

 

Bungkusan menarik yang disediakan untuk anda.

 

Cara untuk mendapatkan hadiah istimewa ini hanya dengan follow Instagram Hyunmin-A dan Pure Theory Cosmetic. Kemudian anda hanya perlu mencalonkan nama figura Korea pilihan anda di laman facebook KOREA BUZZ untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan untuk TOP 20 KOREA BUZZ yang sedang dalam proses pencalonan. Selepas itu, anda hanya perlu menghantar slogan kreatif tentang Hyunmin-A dan Pure Theory di laman instagram Hyunmin-A yang tertera poster Christmas Gift Box. Tarikh akhir untuk mendapatkan hadiah percuma ini pada 31 Disember 2018.

 

Beberapa program yang bakal menyediakan hadiah istimewa ini.

 

Sementara itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma ini secara langsung dengan menyertai beberapa program yang melibatkan Hyunmin-A bersama Mr Tourism Langkawi 18/19, Kim Min Kyu. Program anjuran Langkawi Art & Hub bakal diadakan di Pulau Langkawi bermula dari 23 Disember dan berakhir pada 31 Disember 2018.

 

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti acara dan menang hadiah.

 

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mengikuti program yang disediakan sekaligus mendapatkan hadiah eksklusif dari Korea Selatan. Dikesempatan ini juga, pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Natal buat semua pembaca EH! KOREA BUZZ yang menyambutnya dan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga anda terus ceria dan menyokong segmen khas yang membawakan serba-serbi tentang Korea buat anda.

Kongsikan artikel ini