Oppa Raya House Ganti Open House Raya! K-POP Star Nyanyi lagu Raya LIVE

Sambutan Aidilfitri tahun ini berlainan apabila PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) telah memutuskan larangan untuk tidak melaksanakan Open House atau rumah terbuka bagi mengelakkan merebak musuh yang tidak nampak, Covid-19 yang semakin hari makin banyak membunuh ramai manusia.

Menyedari hakikat ini dengan melaksanakan normal baharu, Korea Buzz buat julung kalinya bekerjasama dengan label music Korea iaitu Wayout Sounds menganjurkan Oppa Raya House yang melibatkan artis dan figura popular Korea. Program yang dijalankan selama sejam bermula jam 9 malam sehingga 10 malam ini bakal bersiaran di laman facebook Korea Buzz.

Lagu Nyanyi Sam Carter


Oppa Raya House dijadualkan bakal bertemu penonton pada raya keempat nanti bersamaan 27 Mei 2020 iaitu pada hari Rabu. Program ini akan dihoskan oleh Hyunmin-A bersama bekas ahli Lunafly dan juga penyampai radio Arirang TV, Sam Carter. Selain mengacarakan program tersebut, kedua-dua figura ini bakal menyanyikan sebuah lagu raya dalam bahasa Melayu.

Program ini akan diacarakan dalam tiga bahasa iaitu English, Melayu dan Korea. Lebih menarik, selain Sam Carter, artis jemputan lain iaitu Park Soohan yang juga beragama Islam turut sama menyanyikan lagu raya dan berkongsi sambutan hari raya di Korea. Seorang lagi penyanyi Korea iaitu Jacob Choi turut sama mempersembahkan sebuah lagu raya.

Soohan pernah muncul bersama Daud Kim.



Kejutan bakal berlaku yang mana seorang lagi penyanyi K-POP popular turut sama menyertai program Live ini. Namun, kelibatnya hanya akan diketahui pada waktu tayangan nanti. Difahamkan, penyanyi tersebut baru saja memenangi anugerah artis baru terbaik di Korea.

Pemain saxophonist gaya bebas wanita pertama di Malaysia, Keyin Tay turut sama menyertai program ini dan bakal mempersembahkan sebuah lagu raya. Tambah istimewa, anda boleh memilih lagu yang ingin dinyanyikan oleh bintang-bintang ini dengan mengisi borang yang telah disediakan.

Jacob Choi


Selain memilih lagu raya buat mereka, anda juga boleh menghantar ucapan raya dan bintang-bintang ini akan membacakannya ucapan tersebut dalam program secara langsung. Bintang-bintang ini juga bakal bermain permainan secara atas talian berkaitan Aidilfitri. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton program ini secara langsung dan ajak saudara mara serta rakan taulan untuk menyertainya. Selamat menonton. Klik disini untuk menonton Oppa Raya House.

Oppa Raya House!
Do you want to hear who sang Raya Song? *
Did you confirm watching Oppa Raya House? *

Kongsikan artikel ini