Menangi Hadiah & Calonkan TOP 20 KOREA BUZZ Pilihan Anda

 

EH! TOP 20 bakal diumumkan pada 15 November 2018 dalam sebuah majlis yang penuh glamor di ibu kota. Selebriti Malaysia yang terpilih bagi tahun ini masih lagi menjadi tanya memandangkan pemilihan ini dibuat dengan lebih terperinci dan secara profesional. Mungkin jua keputusan yang akan diumumkan mengundang kejutan. Sempena memeriahkan majlis tersebut, EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A turut sama akan menyenaraikan TOP 20 KOREA BUZZ. Namun, pemilihan dan pencalonan sedikit berbeza yang mana ia akan diumumkan menerusi beberapa kategori dan khusus untuk figura dari Korea saja. Istimewanya, pembaca setia EH! KOREA BUZZ diberi penghormatan untuk mencalonkan Selebriti, Personaliti, Youtubers dan Instafamous dari Korea untuk 18 kategori yang dipertandingkan.

 

 

Kategori yang dipertandingkan.

 

Pencalonan boleh dibuat menerusi facebook dan Instagram Korea buzz serta instagram  rasmi selebriti kolumnis Hyunmin-a. Ia terbuka kepada sesiapa saja dan anda boleh mencalonkan seberapa banyak calon. Untuk itu, anda dimestilah like dan follow laman rasmi berikut bagi melayakkan anda untuk mencalonkan artis Korea kesukaan anda.

 

Pembaca boleh mula mencalonkan figura kesukaan anda bermula pada 10 Oktober 2018 dan bakal berakhir pada 8 disember 2018. Selain mengetahui top 20 Korea buzz, anda juga bakal berpeluang mendekati lebih dekati bintang Korea yang terpilih. Kategori dan tarikh pencalonan akan dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

Sila calonkan mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Keputusan pencalonan akan diumumkan bermula 15 disember 2018. Apa yang pasti, pembaca korea buzz bakal menerima hadiah misteri dari Korea seperti produk kecantikan dan kosmetik dari korea seandainya pencalonan yang dibuat oleh anda menepati ramalan. Pihak Korea BUZZ dari Korea dan Malaysia juga akan memantau pemilihan anda bagi setiap calon yang dicadangkan.

 

Kongsikan artikel ini