Undi Siapa Ahli BTS Paling Seksi Sekaligus Jemput Mereka Ke Malaysia!

Bintang K-POP bertaraf dunia, BTS atau Bangtan Sonyeondan terus mencipta sejarah dalam industri hiburan Korea apabila sering saja mencipta rekod baru bukan saja di Korea bahkan di dunia hiburan Hollywood.

 

Kesemua ahli BTS kacak dan berbakat besar.

 

Malah, BTS yang dianggotai 7 anak muda ini iaitu Jin, Jimin, V, RM, J Hope, Jungkook dan Suga turut mencipta rekod peribadi apabila meraih pelbagai anugerah individu.

 

V Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2017.

 

Antara pencapaian tersebut ialah V atau Taehyung berjaya dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2017 dan Jin pun diiktiraf Lelaki Paling Kacak di Asia 2018.

 

Jin diiktiraf lelaki paling kacak di Asia.

 

Tidak dapat dinafikan, bakat dan personaliti yang dimiliki anggota BTS ini mampu membuat ramai anak muda tidak kira lelaki dan perempuan terus menyukai mereka. Oleh kerana itu jugalah, ramai bintang ternama Hollywood tanpa segan silu mengakui bahawa peminat setia kumpulan BTS.

 

Tetap merendah diri walaupun sudah ke peringkat dunia.

 

Lebih dibanggakan lagi, ramai juga penyanyi dan komposer terkenal menunjukkan minat untuk mencipta dan membuat kolaborasi dengan ahli BTS secara terbuka. Kebanyakkan mereka membuat tawaran ini di laman twitter peribadi.

 

 

Aksi BTS di Karpet Merah BBMA 2018.

 

Terbaru, aksi Jungkook menunjukkan otot perut sewaktu mengadakan persembahan di BBMA baru-baru ini membuatkan ramai peminat tidak senang duduk dan mengakui selain kacak dan comel, ahli BTS juga memiliki susuk tubuh menawan dan seksi.

 

Jimin antara ahli BTS yang kerap tayang badan sewaktu mengadakan persembahan.

 

Namun, diantara mereka ini, siapakah yang sebenarnya paling seksi di mata peminat. Oleh itu, EH! KOREA BUZZ memohon jasa baik peminat untuk mengundi dan memilih siapakah yang benar-benar seksi di mata anda.

 

RM fasih berbahasa English dan pintar mencipta lagu menarik.

 

Please select a valid form

 

Persembahan seksi BTS di BBMA 2018.

 

Disamping itu, peminat di Asia Tenggara terutama sekali di Malaysia dahagakan perkhabaran gembira dari BTS untuk datang ke Malaysia bagi sesi bertemu peminat atau pun konsert. Difahamkan, ramai juga telah menyimpan wang saku untuk terus membeli tiket bertemu BTS dan menanti dengan penuh sabar dari mana-mana agensi yang berminat untuk membawa mereka ke Malaysia.

 

Selain badan seksi, Jungkook turut mempunyai vokal yang mantap.

 

Oleh itu, EH! KOREA BUZZ meminta agar peminat bintang K-POP ini untuk mengisi borang berikut dan menunjukkan sebab mengapa BTS perlu memilih Malaysia sebagai destinasi bertemu peminat seterusnya.

 

J Hope yang sering memberi harapan gembira buat peminat.

 

Seandainya, permohonan ini mencapai sasaran, pihak KOREA BUZZ di Korea akan usulkan permintaan ini kepada pihak pengurusan BTS iaitu BIG HIT Entertainment. Jadi, jangan berlengah lagi, isi permohonan berikut dan sebarkan kepada semua peminat tegar BTS. Difahamkan, pihak berkenaan menyasarkan lebih 10 ribu permintaan untuk menyakinkan bintang ini hadir ke Malaysia.

 

SUGA pernah kontroversi berkaitan isu LGBT.

 

Please select a valid form

Kongsikan artikel ini