Cahaya Aidilfitri. K-Star Sampaikan Salam Raya Anda Secara Eksklusif! Join Now.

Buat julung kalinya, Korea Buzz memberikan peluang anda untuk menyerikan sambutan Aidilfitri dengan ucapan kreatif raya anda disampaikan K-Star terpilih dalam bentuk rakaman video. Salam Raya K-Star disertai K-POP Idol iaitu Sam Carter, Zica, Yul dan pengacara TV, Hee Jun. Walaupun mereka tidak menyambut lebaran, tetapi mereka teringin merasai kemeriahan Aidilfitri dengan membacakan ucapan raya kreatif yang dikirimkan anda.

Tambah istimewa, dua mualaf Korea yang juga bergelar Youtuber popular Korea iaitu Daud Kim dan Seong Yong turut serta untuk membacakan kiriman raya anda. Bagaimanapun, setiap figura ini hanya akan membaca satu saja ucapan kreatif. Ucapan kreatif yang terpilih turut serta berpeluang menerima hadiah raya daripada jenama Korea iaitu Blink Pop dan Pure Theory.

Langkah-langkah penyertaan.

Anda boleh menghantar seberapa banyak ucapan kreatif dan ditujukan kepada sesiapa saja.Selain kreatif, ucapan tersebut perlulah mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Anda boleh menulis ucapan tersebut dalam Bahasa Melayu atau pun English saja. Jangan lupa hashtag #Salamrayakoreabuzz apabila anda kongsikan artikel ini.

Video ucapan tersebut akan disiarkan Korea Buzz dan anda juga akan menerima video tersebut secara eksklusif. Anda boleh menghantarkan ucapan kreatif ini bermula 15 Mei sehingga 22 Mei 2020. Ucapan yang terpilih akan mula disiarkan pada 23 Mei 2020.

Anda wajib mengikut syarat yang tertera di atas.

Jadi apa tunggu lagi. Sertai Salam Raya K-Star yang hanya dijalankan di Korea Buzz saja. Sesungguhnya, penyertaan anda ini dapat merapatkan silaturahim antara anda dan K-Star (Korean Star) serta memperkenalkan Syawal kepada orang Korea. Selamat mencuba!

Salam Raya K-Star
First
Last
Address
Address
Address Line 1
Address Line 2
City
State
Zip Code
Pilih K-Star Anda *

Kongsikan artikel ini