Hantu Mobile Legend Ke PUBG Makin Banyak, Gamers Terbaik Malaysia Ditangkap Telco Paling Dominan!

Perkhidmatan mudah alih digital pertama di Malaysia, Yoodo terus mendominasi e-sukan dengan meneruskan kerjasama bersama Moonton iaitu pemaju Mobile Legend : Bang Bang sekaligus menjalinkan usaha sama baru dengan RSG My yang dikenali sebagai organisasi e-sukan utama di Asia Tenggara.

Malah, Yoodo yang bercita-cita tinggi sebagai penakluk semua jenis e-sukan baru saja mengumumkan penglibatan dengan e-sukan popular iaitu Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE – Yoodo Gank.

“Dari awal lagi Yoodo telah bersemangat untuk e-sukan dan hari ini kami telah mengambil semangat itu ke peringkat seterusnya. Bakal mengumumkan barisan gamer terbaik, kami juga adalah yang paling dominan serta Telco yang paling komited dalam bab e-sukan,” kata Pengerusi Yoodo, Chow Tuck Mun.  

Chow Tuck Mun.

Menariknya, Yoodo turut mengumumkan perkongsian membentuk industri dengan Moonton untuk membawa pelbagai kejohanan berfokuskan MLBB sepanjang tahun 2021. Pasukan epik ini akan bermula dengan Liga Pro MLBB (MPL) Musim 7 yang buat pertama kalinya akan menampilkan liga khusus untuk Malaysia. Ia disusuli dengan kejohanan jemputan khas sebelum MPL Musim 8.

“Kami menyedari bahawa pasaran Malaysia untuk MLBB berkembang pesat! Terdapat banyak pemain berbakat dan bersemangat mencari platform MLBB yang hebat. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Yoodo untuk memuaskan hati kedua-dua pemain profesional dan peminat bersama dengan kejohanan yang luar biasa sepanjang tahun 2021,” kata Michael Lin, Pengurus Pembangunan perniagaan dan Pemasaran e-Sukan untuk MPL MY. 

Yoodo juga mengumumkan kerjasama strategik dengan RSG MY yang menyaksikan pengumuman pasukan e-sukan MLBB baharu, Yoodo RSG MLBB dan pencabar baharu dalam arena kompetitif MLBB. Pasukan tersebut dianggotai Logan, Abdul Wandi (Feautures Team), Leixia dan Ahmad Ali Huzaifi (Tank), Zaraki dan Jamil (Mid), Rush & Herwin (offlane), Kaizer & Isme Haqeem (Tank), Lolealz & Ealtond Rayner (tank) dan Mohamad Amir Afdhal (Syno).

“Kami semua berhubung dengan komuniti e-sukan dengan cara unik untuk mencipta juara dalam semua pertandingan. Yoodo akan menjadi rakan kongsi yang sempurna. Sekarang kita teruja untuk melihat bagaimana perkongsian ini boleh mengambil pemain berbakat kita lebih jauh,” Kata Pengurus Operasi RSG MY, Aiman Wafiy.

Mahu membawa harapan baru bagi atlet e-sukan Malaysia ke peringkat global, tiga pemain terbaik di Malaysia berjaya ditawan dan sudah pun giat berlatih bagi mengharumkan nama Malaysia.

“Kami amat gembira untuk mengalu-alukan Wrydep, Putra, dan Bravo di atas kapal Yoodo Gank. Pemain-pemain mahir ini sudah menunjukkan komitmen yang luar biasa kepada pasukan dan mereka bekerja keras di bawah jurulatih kami Hahagus untuk bersatu dengan pemain sedia ada, Draxx dan Manparang. Yoodo Gank bersiap sedia sepenuhnya untuk membawa kita beberapa detik-detik kemenangan besar tahun ini!”

“Yoodo Gank telah menjadi salah satu pasukan PUBG MOBILE yang paling berjaya di Malaysia dan dengan jadual baharu ini kami percaya pasukan ini hanya akan terus menetapkan rekod baharu dan membina legasi mereka,” kongsi Kevin Wong, Pengurus Pasukan Yoodo Gank dan Ketua Pegawai Eksekutif Wulf Esports.

Jika anda mahu jadi seperti gamers berjaya ini, anda boleh sertai mereka dengan melayari yoodo.com.my atau hubungi mereka di halaman sosial facebook, instagram, Youtube dan twitter dengan akaun yoodoMY. Yoodo merupakan syarikat perkhidmatan digital yang telah beroperasi bermula Januari 2018. Mereka adalah anak syarikat Celcom Axiata Berhad.

Kongsikan artikel ini