Use your ← → (arrow) keys to browse
Namanya kembali meniti dibibir peminat muzik dengan single terbarunya Alone yang baru dilancarkan hari ini (3 Jun 2020) di bawah labelnya sendiri yang dinamakan Wayout Sounds.
“Alone adalah lagu pertama yang saya hasilkan untuk diri sendiri selepas tiada lagi Lunafly. Ternyata lagi susah untuk buat lagu untuk diri sendiri daripada buat lagu untuk penyanyi lain. Selalunya saya ambil masa satu hari untuk menerbitkan lagu, tapi kali ini saya buat dalam lima hari untuk dapat rakaman yang saya berpuas hati,” Sam membuka bicara mengenai comeback ini.
Bekas anggota kumpulan Lunafly sejak 2012, kini bergerak secara solo dan selepas kembaranya bersama kumpulan berakhir, Sam lebih banyak menumpukan perhatian dalam bidang penerbitan lagu untuk beberapa idol dan juga artis di China, Taiwan dan akan datang bersama artis Thailand.
“Lagu ini lebih kepada muzik easy listening bersesuaian dengan konsep yang saya perjuangkan dan mahu ketengahkan sekarang. Jelas sekali muzik saya makin dewasa dan berbeza daripada zaman bermula dulu,” jelasnya yang tidak mahu menggunakan lirik berat tetapi cukup untuk menceritakan sedikit sebanyak pengalamannya dalam perhubungan sebelum ini.
“Ironik juga Alone keluar pada waktu pandemik ini, sesuai untuk mereka yang single dan melalui saat bersendirian. Saya tak pilih tarikh ini tetapi mengikut cadangan pengedar yang berasakan 3 Jun adalah hari yang sesuai,” tambahnya ketika berbesar hati menerima temubual eksklusif bersama Korea Buzz semalam.