Berniat Hijrah Ke Kuala Lumpur Selepas Anaknya Diusir Bersekolah di Korea

Selepas kontroversi besar melanda Kim Jae Han atau Jay Kim pada 2020, mualaf yang dikenali dengan nama Daud Kim kini sudah bahagia dengan mengumumkan tentang isteri bernama Mia dan anaknya, Jason. Malah, mereka juga telah dilaporkan kembali bersama dan telah bernikah secara Islam.

Isteri dan anaknya juga telah dilaporkan sudah menjadi Islam sepertinya. Masih meneruskan kerjaya sebagai youtuber, isterinya yang juga model di Korea juga sudah mempunyai saluran youtube sendiri. Begitu juga dengan anak lelakinya iaitu Seon Woo.

Walaupun mereka kini kelihatan gembira meniti kehidupan baru sebagai keluarga mualaf di Korea, kontroversi lalu yang melanda Daud Kim terus menghantui mereka. Malah, Daud Kim yang kini tidak segalak dulu dalam menerbitkan video di youtube akui menerima balasan dari kesilapannya sendiri.

Terbaru, bapa kepada Jason ini sedih dan sebak kerana dosanya telah menyusahkan anaknya yang sebelum ini identitinya dirahsiakan sewaktu kontroversi berlaku. Gosip yang mengatakan orang Korea boikot dan menghalau penyanyi ini seolah menjadi kenyataan. Difahamkan, tiada satu pun sekolah mahu menerima Seon Woo sebagai murid gara-gara skandal Jay Kim.


Seon Woo yang sepatutnya dijadualkan mulakan sesi persekolahan pra-sekolah 2021 menerima kesukaran yang mana setakat ini hampir kesemua sekolah tidak mahu menerimanya. Atas dasar itu, Jay Kim sangat sedih dan mahu mencari jalan lain untuk menghantar anaknya sekolah.

Dalam kesedihan mencari penyelesaian, Jay Kim berhasrat untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan menghantar anaknya sekolah di Malaysia. Niat tersebut juga dibuatnya kerana Jay Kim sudah lama mahu datang ke Malaysia tetapi tidak berpeluang lagi serta menerima banyak cabaran.

Pun begitu, Jay mengakui hasrat tersebut mungkin tidak mampu terlaksana seandainya masalah yang sama terjadi di Korea turut berlaku di Malaysia atau negara lain yang tahu tentang peristiwa hitamnya itu. Semoga Jay Kim bertabah dan terus berjuang sebagai seorang bapa.

Kongsikan artikel ini