Lelaki Korea Disaran Ceraikan Isteri Bermasalah Walau Sudah 10 Tahun Kahwin & Anak Tiga!

Kisah ini mengenai seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita yang membesar dalam keluarga miskin dan sedang mempertimbangkan perceraian selepas 10 tahun  bersama. Topik ini sedang menjadi bualan hangat warganet Korea di laman Internet.

Baru-baru ini, komuniti dalam talian melaporkan kisah tersebut dengan memberitahu bahawa seorang lelaki serius untuk mempertimbangkan perceraian selepas 10 tahun berkahwin. Lelaki tersebut berusia dalam lingkungan 30-an. Dia memutuskan untuk berkahwin dengan isterinya. Sebelum berkahwin lagi, isterinya sudah kehilangan bapa dan tinggal bersama ibu dan kakaknya.

Menurut sumber, si isteri berasal dari keluarga miskin. Ibu lelaki tersebut

menentang perkahwinan tersebut kerana menantunya anak perempuan dari keluarga miskin. Walau bagaimanapun, kerana terlalu cintakan isterinya itu, dia tetap berkahwin walau menerima bangkangan dari keluarganya.

Selepas berkahwin, lelaki itu memberikan semua wangnya kepada isterinya itu. Tindakan tersebu dilakukan kerana dia fikir isterinya boleh menguruskan wangnya dengan baik atas faktor dia berasal dari keluarga dan kehidupan yang susah. Selepas tujuh tahun berkahwin, lelaki tersebut bertanya kepada isterinya mengenai wang tersebut disebabkan mereka mahu berpindah ke rumah yang lebih besar.  

Pertanyaan suaminya itu tidak dijawab. Malah isterinya itu kerap memberi alasan dan mengelak dari menjawab soalan suaminya itu tentang wang berkenaan. Selepas didesak beberapa kali, isteri mendakwa bahawa kesemua wang tersebut telah digunakannya untuk membantu keluarganya yang susah. Atas dasar itu, dia langsung tidak dapat menjimatkan wang tersebut malah tiada wang simpanan langsung.

Suaminya sangat marah dan tidak menyangka, isterinya telah menipunya selama tujuh tahun. Pun begitu, dari awal lagi suaminya itu sudah pun curiga dengan tingkah laku isterinya. Ini kerana, ibu dan kakak iparnya kantoi pernah melancong ke Eropah dan membeli barangan mewah walaupun mereka jenis keluarga pendapatannya kurang stabil.

Lelaki itu menentang sikap isterinya yang langsung tidak berbincang dengannya terlebih dahulu. Oleh itu, dia pertimbangkan untuk bercerai. Bagaimanapun, pasangan  ini sudah mempunyai tiga orang anak. Memikirkan tidak mahu anak-anaknya kehilangan ibu, suami masih lagi bertahan.

Selepas berbincang, si isteri berjanji untuk mencari wang sendiri untuk membantu keluarga. Namun, sesuatu perkara berlaku yang mana isterinya yang obses mencari kekayaan lupa tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya itu.

Lelaki tersebut mengamuk kerana mendapat tahu isterinya telah mengabaikan anak. Sewaktu lelaki itu pergi ke luar negara atas urusan kerja, anaknya telah mengadu sakit perut yang teruk. Isterinya sanggup meninggalkan anaknya sendiri di rumah hanya semata-mata kerana wang. Difahamkan anaknya itu telah keracunan makanan kerana memakan makanan yang telah tamat tempoh.

Apabila lelaki itu tanya kepada isterinya, tanpa rasa bersalah wanita itu berkata ia bukan silap dia. Oleh itu, akhirnya suaminya mengambil keputusan muktamad untuk bercerai. Lelaki itu sangat malu dengan sikap isteri. Lebih teruk lagi, wanita tersebut meletakkan syarat penceraian dengan menuntut rumah tersebut atas alasan untuk membesarkan anak-anaknya di situ.

Atas sebab tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut, lelaki ini telah minta pendapat netizen dalam sebuah laman komuniti.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang,” kata lelaki tersebut. Kebanyakan netizen yang membaca cerita itu berkata, “Masih belum terlambat lagi, jadi cepatlah bercerai.

Di samping itu ada juga berpandangan supaya pasangan ini bawa berbincang terlebih dahulu dan fikirkan masa depan anak-anak mereka.  

Kongsikan artikel ini