Daud Kim Dibenci Sebab Islam? 2 Mualaf Korea, Bora & Jaehan Dituduh Racist

Sejak memeluk agama Islam, penyanyi dan youtuber Korea, Daud Kim atau Kim Jae Han diduga dengan episod sedih terbaru apabila menerima ugutan dan tuduhan tanpa asas. Difahamkan tuduhan tersebut makin menjadi-jadi sehingga menimbulkan tanda tanya dalam diri Daud, atas sebab apa dia dibenci sampai begitu sekali.

Tidak mahu menuduh sebaliknya menjelaskan emosi diri yang berlaku, Daud menghormati pandangan dan kritikan dari seorang Youtuber yang dilaporkan bukan beragama Islam. Daud turut mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang yang hebat atau wakil umat Islam di Korea.

Daud bersama Imam Muda Korea.



“Saya masih lagi baru. Terlalu banyak lagi saya tidak tahu dan masih melakukan kesilapan. Saya juga minta maaf kerana saya juga tidak berapa fasih dalam bahasa English. Saya bukanlah cendiakawan. Apa yang saya lakukan selama ini hanya dari sekadar pandangan ikhlas tentang saya. Jadi, saya tidak kisah kalau teguran tersebut dibuat jika benar-benar ia kesilapan saya.

“Banyak betul tuduhan mengatakan bahawa saya menggunakan Islam untuk mengaut keuntungan dan populariti. Saya minta maaf kalau apa yang saya lakukan selama ini membuatkan anda berfikiran sebegitu. Saya masih lagi belajar, masih buat salah. Bagaimanapun, saya sedang belajar untuk mengenal Allah.

Penampilan Daud yang semakin kacak.


“Saya seorang muslim dan saya takkan pernah salahkan apa yang berlaku selama ini kerana agama. Ibu bapa saya beragama Islam. Jadi, bagaimana pula saya nak salahkan mereka? Saya rasa, semua agama ajar kebaikan dan positif untuk penganutnya,” jelas Daud. Berharap agar ramai orang lebih menghormati agama dan bangsa, figura yang semakin kacak ini berdoa semoga apa yang dilakukannya selama ini memberi impak positif.

“Jika saya menguris hati orang lain, saya minta maaf secara ikhlas. Islam tidak mengajar orang untuk membenci sesama sendiri. Jadi, saya tidak pernah membenci orang yang menuduh saya yang bukan-bukan. Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada ramai orang yang mengambil berat tentang diri saya. InsyaAllah, saya mampu jalani kehidupan sebagai seorang mualaf,” ujarnya.

Video tentang isu Daud dibenci.



Untuk mengetahui lebih lanjut penjelasan Daud tentang tuduhan perkauman, anda boleh menonton video eksklusif tersebut dilaman youtube miliknya.

Ola Bora Song. Wanita Korea Muslim yang popular.


Selain dari Daud, mualaf Korea wanita, Bora turut menerima ancaman yang sama. Malah, ramai follower Bora di instagram salah anggap dengan informasi untuk Korea saja yang diletakan di biografi Bora.



“Saya Racist? Sejujurnya, saya tidak pernah bersikap sedemikian. Saya tidak pernah menjawab mesej di Instagram. Saya hanya jawab untuk orang Korea bertanya tentang Islam. DM saya hanya untuk berdakwah kepada orang Korea saja. Tapi, saya tampil berikan penjelasan dan menjawab tuduhan tersebut buat pertama kalinya. Di harap penjelasan saya difahami dan tidak mengundang kontroversi lagi,” kata Bora yang tinggal jauh dari keluarga.