Income Bulanan 100 Juta Won, Netizen Pertikai Gamer & Youtuber Korea- Monster Mouse Beli Porsche Tycan!

Youtuber dan gamer popular Korea Ji Hwan Zzhang yang popular dengan nama Monster Mouse mengundang kejutan apabila dia dikatakan membeli sebuah kereta mahal Porsche Tycan.

Ia tercetus apabila dia telah mengemas kini laman instagramnya dengan menunjukkan dirinya bergambar dengan kereta mewah berkenaan. Malah, caption yang ditulisnya juga mengesahkan lagi yang mana dia bertanya bolehkah saya pandu uji dan tandatangan kontrak?

Berdasarkan bukti foto berkenaan, Ji Hwan dikenal pasti memandu kereta elektrik jenama Porsche. Harganya pula lebih kurang 140 Juta won untuk edisi asas 4s manakala edisi turbo dan turbo S bernilai 190 juta won dan 220 juta won.


Walaupun terkejut dengan posting tersebut, netizen tidak hairan anak muda di usia 20an ini mampu memiliki kereta tersebut kerana pendapatan bulanannya mencecah 100 juta won sebagai gamer. Malah, dia juga yang mengendalikan saluran youtube dikatakan mempunyai pendapatan lebih 70 juta won.


Pelbagai gelaran positif diberikan terhadap jejaka ini termasuklah “God-water rat” and “Hwangjok One-deal.”

Kongsikan artikel ini