Use your ← → (arrow) keys to browse
Status Penerimaan golongan LGBT dan homoseksual di Korea masih lagi tergantung walaupun ada berita mengatakan Korea Selatan bersikap terbuka terhadap mereka. Susulan dari ini, ramai juga selebriti ternama Korea satu persatu membuat kejutan dengan mengumumkan arah seksualiti mereka.
Ada juga mengumumkan perkahwinan sejenis dan ada pula mengumumkan berpasangan di social media. Lebih berani lagi, banyak produser filem dan drama mengambil langkah berani dengan mengetengahkan jalan cerita bagi golongan songsang ini.
Apa sekalipun, golongan istimewa ini bukanlah penjenayah sebaliknya mereka tersepit daripada dunia realiti dan khayalan. Walaupun ada yang berani dan ada juga yang takut serta meraguinya, terdapat banyak tempat popular di Korea telah menjadi lubuk untuk mereka berjumpa dan meluangkan masa bersama.
Jadi, tidak hairanlah untuk anda berjumpa ramai golongan LGBT terutama sekali homoseksual di Kawasan tersebut. Walaupun tidak menganggu orang lain, sebagai pelancong atau manusia, anda perlu ambil tahu kerana ditakuti anda tersalah kunjung sehingga menimbulkan prasangka yang lain.