Ramai hairan melihat potongan badan wanita asal Korea. Majoriti wanita Korea mempunyai potongan badan yang sangat langsing seperti kerengga. Di sini terbit pula pertanyaan, apakah petua mereka boleh memiliki badan sedemikian walaupun usia sudah melebihi 30 tahun ke atas?
Lebih mengejutkan apabila ramai wanita Korea yang mengendalikan video mukbang yang mana mereka kerap makan banyak mengalahkan orang yang bertubuh besar. Contoh paling ketara adalah Ratu Mukbang bernama The Diva. Jikalau mengikut kajian, dia merupakan ikon mukbang wanita Korea yang paling popular dan bertubuh sangat kecil.
Untuk menjawab teka-teki ini, Korea Buzz bawakan anda resepi atau rahsia sebenar wanita Korea sering langsing walaupun mempunyai nafsu makan yang besar. Jangan terkejut tetapi anda boleh jadi seperti mereka kalau anda berani mencuba.