Tauke Kaut Untung, Wanita Berbikini Jual Jambu Walaupun Di Musim Sejuk!

Sama seperti Korea, musim sejuk di Taiwan juga dilaporkan lebih sejuk dari sebelum ini. Perubahan cuaca di Taiwan ke 10 Darjah Celsius mengundang pelbagai perkara negatif termasuk 126 orang dilaporkan mati selama dua hari kerana cuaca sangat sejuk.

Bagaimanapun, pada 20 Januari lalu, media dari Hong Kong melaporkan berita mengejutkan apabila muat naik foto wanita berbikini di pasar Taiwan.

Menerusi foto itu, wanita itu dikhabarkan sedang memegang potongan buah jambu yang dicucuk dengan lidi kecil. Bersandarkan kesejukan dan kemelut Korona, kedai itu telah memberikan potongan buah secara percuma untuk dirasa pelanggan bagi meningkat hasil penjualan.



Untuk mendapatkan lebih perhatian lagi, pemilik kedai itu telah mengarahkan juru jualnya untuk memakai bikini sambal memberikan buah secara percuma. Tindakan jurujual dan pemilik kedai itu mengundang kemarahan netizen.

Walaupun orang lain memakai baju tebal kerana kesejukan, juru jual tersebut sanggup separuh bogel demi melariskan penjualan buah. Selain negatif, ramai pelanggan memberikan respons positif dan menyambut kerja gadis itu dengan senyuman. Malah, ada yang melambaikan tangan menunjukkan tanda sokongan.  

Menurut sumber, gadis tersebut sebenarnya adalah pekerja sambilan untuk menjual jambu. Strategi yang dilaksanakan ini mendatangkan hasil lumayan kerana jualan mereka meningkat. Malah, banyak syarikat lain turut menggunakan Teknik yang sama.

Imej wanita berbikini tanpa memakai pelitup muka ini untuk meraih jualan telah tular bukan saja di Taiwan tetapi di Korea juga. Ramai yang meninggalkan komen kasihan kepada juru jual berkenaan. Majoriti komen mengatakan itu adalah satu tindakan berlebih demi mengaut keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesihatan dan maruah pekerja.

Apa sekalipun, sebelum ini pernah viral lelaki tanpa baju menjual durian serta menjadi tukang gunting rambut di salon kecantikan.

Kongsikan artikel ini