Apakah Punca Ibadah Korban Jadi Tidak Rasmi Di Korea?

Dalam pada umat Islam di Malaysia bergilir-gilir pergi ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji yang dijangka jatuh pada 22 Ogos 2018, umat Islam di Korea pula melakukan sebaliknya.

 

Suasana pagi raya haji dan raya aidilfitri di Korea.

 

Sesungguhny,  sambutan Aidil Adha di Korea sama seperti sambutan Syawal yang mana mereka hanya bersembahyang secara berjemaah di pagi raya dan meneruskan jadual harian sebagai rakyat Korea.

 

Hyunmin telah menjemput rakan Korea yang bukan beragama Islam menyertai majlis Marhaban baru-baru ini.

 

Malah, ibadah Korban yang meriah dilaksanakan di Malaysia sama sekali tidak boleh dijalankan di Korea. Menurut Komuniti Islam Korea, ibadah Korban atau sembelihan lembu atau kambing sewaktu Aidil Adha adalah sesuatu yang tidak rasmi.

 

Walaupun bukan beragama Islam, Sam Kang rasa teruja mengenakan Baju Melayu.

 

Situasi begini berlaku berikutan undang-undang kerajaan Korea yang melarang untuk membuat sembelihan secara terbuka. Dalam pada itu, masih ada umat Islam Korea melakukan ibadah Korban secara tertutup. Itupun, ibadah berkenaan hanya dibuat dengan penyembelihan kambing saja.

 

Ini pula suasana berbuka puasa di Masjid Besar Seoul.

 

Selain undang-undang, harga haiwan ternakan yang terlalu mahal juga membuatkan ibadah korban tidak semeriah di Malaysia dan negara Islam yang lain. Difahamkan purata harga seekor lembu adalah USD2,000 dan kambing pula ialah USD300.

 

Restoran Halal di Korea sering mengadakan majlis berbuka puasa untuk umat Islam Korea.

 

Sungguhpun menyedari umat Islam boleh melakukan ibadah Korban di negara Islam lain termasuklah Malaysia, perkhidmatan sebegini dilihat sukar oleh umat Islam Korea atas faktor dan masalah yang tidak dapat dielakkan.

 

Sebahagian umat Islam Korea yang menunjukkan minat untuk beraya di Malaysia.

 

Bagaimanapun, umat Islam Korea menunjuk minat baik andai kata mempunyai tawaran sambutan Aidil Adha di Malaysia. Oleh itu, menjelang perayaan Aidil Adha yang lebih kurang sebulan saja lagi, EH! KOREA BUZZ doakan agar impian umat Islam Korea menunaikan ibadah Korban bakal terlaksana.