Youtuber Korea yang menggunakan nama Sekt untuk saluran Youtube bangkit dengan berani dengan mempersoalkan isu saiz kemaluan lelaki Korea yang sering diherdik dan dipandang sinis oleh golongan tertentu. Dalam mengupas isu ini, Sekt atau Chan telah mengupas satu isu besar dengan pertanyaan mendalam iaitu…
“Bukankah lebih baik bagi lelaki untuk mempunyai kemaluan yang lebih kecil untuk wanita?”
Dengan jumlah pengikut lebih 110,000 di YouTube, video yang diterbitkan itu bukanlah direka semata-mata atau menaikkan marah sesiapa. Sebaliknya ia juga lebih kepada untuk mengenali karakter dan ciri-ciri wanita berdasarkan pengalaman untuk dirinya dan individu yang terlibat dalam video tersebut.
Difahamkan, idea ini tercetus dan disiarkan pada 15 Januari 2021 atas dasar seorang wanita yang memikirkan dirinya sempurna.
Memulakan pengenalan video dengan pertanyaan adakah ada ruang untuk hidup harmoni, mereka yang terlibat dalam menjawab isu ini sebulat suara mengatakan ada.
Kupasan isu mula mendapat perhatian apabila persoalan adakah saiz kecil atau besar itu penting bagi seseorang individu diajukan? Menjawab dari sudut pandangan seorang wanita, jika saiz anu terlalu besar, ia melampaui perkara yang baik. Apa-apa sahaja yang terlibat perlulah mengikut kesesuaian.
Ditanya lagi adakah faraj wanita bersaiz kecil lebih bagus bagi lelaki, dengan pantas jawapannya… “Tidak, sukar untuk diluahkan menerusi kata-kata,”
Menerangkan kedudukannya, saiz kecil bukanlah isu yang patut dilihat atau dibangkitkan, sebaliknya keseronokan emosi dan jiwa adalah yang terbaik bagi lelaki. Faktor kebiasaan yang mendorongnya rasa itu. Pun begitu, cara terbaik adalah mengikutinya. Lebih baik dengan berkomunikasi.
Seorang lagi prospek menyatakan, ia juga tertakluk kepada masa klimaks tetapi ia juga bergantung kepada saiz pasangan.Tanpa disangka, mereka menyatakan interaksi dan perasaan lelaki adalah lebih penting apabila melakukan hubungan seks daripada butiran tersebut.
Video yang mengupas isu ini menjadi semakin popular dengan lebih daripada 129,888 penonton. Anda boleh lebih tahu apa yang dibahaskan dengan menonton pengakuan berani dari lelaki Korea disering disapa wanita dengan panggilan Oppa.