Suka Bawa Berus Gigi Setiap Masa, Ini Punca Ia Kerap Berlaku Pada Orang Korea

Figura Korea Buzz edisi November 2020 iaitu Doktor John Yoo telah berkongsi tetang budaya berus gigi oleh orang Korea secara eksklusif dan mendalam. Namun, masih ramai lagi bertanya tentang tabiat yang dianggap pelik tetapi sering ditampilkan dalam drama Korea.

Untuk maklumat anda, orang Korea wajib memberus gigi paling kurang pun tiga kali sehari. Dalam kecil lagi, orang Korea telah mengajar anak mereka untuk memberus gigi dalam masa sehari tiga kali. Malah, mereka juga telah didik agar memberus gigi selepas makan selama 3 minit.


Jadi, anda jangan terkejut jika ubat gigi dan berus gigi adalah barang wajib ada pada mereka setiap masa. Malah, mereka akan mengutamakan barang ini di loker di pejabat atau sebagainya.

Budaya ini juga telah membangunkan teknologi di Korea yang mana mereka mengeluarkan set mudah alih Berus gigi. Dari budaya ini, anda juga janganlah hairan melihat orang Korea yang secara tiba-tiba berasa kurang selesa apabila mereka tidak memberus gigi mengikut masa yang sudah biasa.

Menurut pemahaman mereka, memandangkan makanan Korea banyak mengandungi rempah ratus, bawang putih dan halia, jadi orang Korea akan menggunakan habit ini agar langkah menjaga kesihatan gigi. Malah, orang Korea akan membawa berus gigi ke cafe dan kedai makan.

Kongsikan artikel ini