Pelukan KPOP Bawah Padah! Mahalnya Harga Pelukan Orang Korea Sehingga…

Setiap peminat KPOP yang hadir ke konsert secara langsung pasti teruja apabila diberi peluang untuk menerima Poong (포옹 ) atau pelukan dari bintang kesukaan mereka. Namun, peluang Poong ini hanya diberikan kepada pemilik tiket paling mahal saja. Menyingkap kisah hitam di sebalik poong KPOP, keghairahan ini telah membawah padah sehingga ada bintang KPOP digam seketika dari mengadakan konsert gara-gara insiden tersebut menjadi tular.

Bagaimanapun, babak pelukan dalam drama Korea sebenarnya semakin menjadi perhatian kerana hampir 90% drama mengetengahkan adegan tersebut dengan pelbagai jenis pelukan kreativiti. Dari sini pula, timbul isu, adakah orang Korea sebenarnya pemurah dengan pelukan?

Apa yang pasti, jenis-jenis pelukan yang ditampilkan dalam drama Korea tidak semuanya benar dan hanya rekaan semata-mata walaupun ada yang nampak seperti sangat romantis dan menyentuh hati. Dalam realiti kehidupan sebenar di Korea, masyarakat Korea sebenarnya sangat tegas tentang budaya peluk ini.

Orang Korea tidak kira lapisan umur bersikap konservatif terhadap pelukan. Ada sebilangan masyarakat Korea marah dan naik angin apabila babak peluk dalam drama Korea di reka dan menjadi tular.

Oppa, Noona, Ahjusi dan Ahjumma bukan membenci tetapi menghargai dan menganggap pelukan adalah budaya yang bagus dan lebih kepada naluri seseorang. Bagaimanapun, orang Korea menganggap peluk adalah sesuatu yang sangat bernilai lebih dari nilai wang.  

Oleh kerana itu, mereka tidak mudah memberikan pelukan. Orang Korea bukan jenis suka peluk lebih-lebih lagi kepada orang yang pertama kali berjumpa. Sesungguhnya, orang Korea hanya berikan pelukan untuk keluarga, sahabat rapat dan tanda tertentu kepada insan yang terpilih saja sebagai contoh orang yang disenangi dan disayangi.

Jadi, seandainya anda menerima pelukan dari orang Korea, anda tahu nilai hubungan anda dengan orang Korea tersebut.

Kongsikan artikel ini