Selidik TOP 5 Universiti Popular & Terbaik Di Korea Untuk Sambung Pengajian

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berikutan fenomena K-POP dan Hallyu yang merebak luas ke seluruh dunia, Korea Selatan bukan saja popular sebagai destinasi perlancongan. Malah, ramai anak muda menjadikan negara ini sebagai tempat pilihan untuk menyambung pendidikan di peringkat Diploma, Ijazah dan Master di banyak Universiti yang terletak di Korea Selatan.

 

Suasana belajar di Korea. Foto-Naver.com

 

Jadi, tidak hairanlah jika anda menaiki perkhidmatan Subway Korea, terlalu banyak perhentian yang dinamakan sempena nama Universiti. Walaupun banyak Universiti di Korea, golongan ibu bapa sudah pasti memasang sasaran agar anak mereka untuk sambung di Universiti yang berkualiti dan popular.

 

Salah Satu stesen menggunakan nama Universiti.

 

Bagaimanapun, golongan keluarga yang kaya di Korea lebih gemar menghantar anak mereka belajar di luar negara agar anak mereka lebih fasih berbahasa Inggeris. Apapun, istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ yang berniat untuk sambung pengajian di Korea, berikut adalah lima Universiti yang berkualiti dan popular serta menjadi pilihan orang Korea untuk belajar.

 

Drama popular yang menggunakan Universiti sebagai lokasi penggambaran.

Yang penting, Universiti yang tersenarai ini sangat popular kerana banyak drama, filem dan muzik video artis Korea menjadikan Universiti berkenaan sebagai lokasi penggambaran. Mana tidaknya, kesemua Universiti ini bukan saja mempunyai silibus pendidikan yang berkualiti, struktur bangunan juga mampu menarik perhatian dan menjadi lokasi perlancongan.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini