Selidik TOP 5 Universiti Popular & Terbaik Di Korea Untuk Sambung Pengajian

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

1-SEOUL NATIONAL UNIVERSITY

Universiti yang dikenali dengan singkatan nama SNU ini menjadi pilihan utama orang Korea kerana ia juga digelar sebagai Universiti Havard Korea. Malah, hanya mereka yang dikategorikan sebagai bijak pandai saja yang layak untuk menuntut di sini. Oleh itu, ujian untuk lulus masuk SNU sangat susah dan mencabar. Mana tidaknya, status mereka yang belajar di sini menjadi tinggi dan disegani netizen di Korea. Mereka juga automatik digelar cerdik dan bijak sebaik saja mendaftar diri sebagai mahasiswa di sini. Senang cerita, orang Korea pasti tabik hormat kepada penuntut SNU. Ramai juga bintang K-POP dan pelakon popular di Korea yang belajar di sini. SNU telah dibuka pada Oktober 1946 dengan mempunyai jumlah pelajar lebih 30,000 dan kakitangan serta pensyarah yang mencecah 2178 orang. Universiti terbesar ini menawar pengajian dalam bidang undang-undang, kedoktoran, Seni, Pengurusan Perniagaan, Sains, Sains Sosial, Muzik, Engineering, Agriculture, Pendidikan dan banyak lagi.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini