Use your ← → (arrow) keys to browse
2-HONGIK UNIVERSITY
Universiti ini merupakan pusat pendidikan yang begitu popular bukan saja bagi orang Korea. Malah, ia turut menjadi pilihan ramai penuntut antarabangsa untuk melengkapkan segulung ijazah. Boleh dikatakan, Hongik Universiti merupakan kampus yang mempunyai bilangan pelajar luar negara yang ramai. Begitu juga dengan pensyarah yang ramai berbangsa asing tetapi fasih berbahasa Korea. Universiti ini turut popular bukan saja disebabkan silibus pendidikan saja, ia juga terletak berdekatan dengan pusat pelancongan utama Korea iaitu Hongdae yang mana anda boleh melihat persembahan muzik jalanan dan restoran selera antarabangsa yang berlambakan. Antara pengajian yang ditawarkan ialah Ekonomi, Engineering, Seni, Fesyen, Pemasaran, Grafik dan banyak lagi.