Sesal Atau Terkesima? 10 Perkara Buat Ramai Enggan Ke Korea Lagi!

 

Peningkatan pengunjung ke Korea Selatan dari Asia Tenggara terutama sekali Malaysia begitu meningkat setiap bulan. Malah, kebanyakan orang tempatan gemar ke Korea pada musim sejuk. Namun, ada juga yang berasa menyesal ke Korea kerana tidak tahu 10 perkara ini. Kebanyakan mereka hanya tahu selepas mereka sampai ke Korea atau pun sebaik saja mereka pulang ke tanahair.

 

Foto Oh My Oppa

Apa yang pasti, 10 perkara ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi pengakuan dan pengalaman dari beberapa individu yang pernah ke Korea sama ada sekali atau pun berulang kali. Malah, perkara-perkara ini di perakui sendiri oleh orang Korea yang mempunyai kenalan dan kawan dari warga antarabangsa.

 

Tourguide Korea melayan pelancong asing.

Jom ikuti 10 perkara berkaitan yang membuatkan ramai menyesal. Rugi kalau anda tidak ketahuinya dari awal lagi.

 

2 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) FESYEN TERKINI


Selain dari kosmetik, Korea juga terkenal dengan fesyen terkini yang sering dipopularkan oleh bintang K-POP dan pelakon drama. Sesungguhnya, industri fesyen Korea sangat sengit seperti industri hiburan K-POP. Dalam masa seminggu saja, hampir lebih 100 fesyen terbaru dihasilkan. Disebabkan itu juga, pada setiap hujung minggu baju yang baru dijual dengan harga yang murah sama ada secara pukal atau pun beli satu saja. Bayangkan baju suit lelaki yang biasanya dijual dengan harga RM500 ke atas, anda boleh dapatkannya dengan harga RM30 hingga RM50. Yang pasti, baju tersebut bukanlah baju terpakai. Material baju tersebut sangat berkualiti. Selain hujung minggu, baju-baju murah ini boleh didapati di pasar malam yang harganya dijual separuh harga dari harga dalam pasar raya. Di waktu musim sejuk pula, baju sejuk tebal yang biasanya dibeli paling murah dalam harga RM200 boleh anda beli dengan harga dibawah RM50 dengan rekaan yang lebih menarik dan pelbagai pilihan. Oleh itu, anda pasti menyesal kalau tidak bersedia dengan wang secukupnya untuk beli baju seperti bintang K-POP dan pelakon drama Korea.

2 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini