Disangka klon Wajah V BTS & Park Ji Hoon- Dave Dedah Idola, Pendorong & Covid-19

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Suit Dari : Anas Abdullah
Scarf dari: Succi By Anas Abdullah
Makeup: Qif Alvarez
Juru Kamera: Mazacane

Bukan tidak bersyukur, sebaliknya Dave Yoo atau Yoo Cha Hyeong, 18 memberitahu bahawa memiliki wajah comel bukanlah memberikan banyak kelebihan buat dirinya. Namun, dia sangat berterima kasih apabila wajah yang dimiliki mampu membuka ruang untuknya bergelar model dan pengacara untuk program khas di bawah kelolaan Tourism Johor.



Sebelum ini, saya tidak menyedari bahawa saya memiliki wajah kacak atau pun comel. Namun, saya berterima kasih kepada mereka yang memuji wajah saya. Saya ingat saya ni biasa-biasa saja. Saya rasa ada lebih ramai lagi lelaki Korea yang jauh lebih kacak dan comel berbanding saya.



“Saya terkejut apabila ada orang kata saya ada iras Tae hyung (V BTS) atau Park Ji Hoon Wanaone. Mereka ni tersangatlah popular dan kacak. Kalau benar wajah saya sama mereka, saya berterima kasih kepada anda kerana menganugerahkannya. Tapi secara jujur, saya masih jauh dan baru saja nak menapak dalam bidang model dan pengacaraan.



“Apa yang penting, saya akan gunakan sebaik mungkin hadiah dari keluarga saya ini ke arah positif. Lagipun saya masih muda. Wajah yang saya ada ini seratus-peratus asli tanpa ada sentuhan pembedahan plastik,” jelas Dave yang sentiasa tergelak dan senyum menjawab soalan ini.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse