Disangka klon Wajah V BTS & Park Ji Hoon- Dave Dedah Idola, Pendorong & Covid-19

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse



Memandangkan Dave kurang meminati KPOP, jejaka comel ini masih mempunyai idola dalam hidupnya. Namun, idola tersebut bukan terdiri dari kalangan selebriti tetapi dia memilih ayahnya sendiri sebagai idola hidupnya.


“Ayah adalah idola saya. Setiap kali saya dalam kesusahan atau hilang motivasi diri, ayahlah yang banyak memberikan nasihat. Dia jarang sekali marah pada saya sebaliknya sering berusaha untuk membuat saya senyum. Kepercayaan dia menguatkan saya. Dia juga percaya saya mampu membuat apa saja yang dihajati.

“Keluarga saya juga banyak sokong apa jua yang saya buat selagi ianya tidak melanggar undang-undang. Jika tuah milik saya dan saya menjadi berjaya dan popular, saya ada hajat yang ringkas. Saya mahu keluarga saya bangga miliki saya sebagai anak lelaki.

“Selama ini saya ditanggung oleh keluarga. Oleh itu, saya berharap satu hari nanti saya boleh tanggung mereka dan menjadi lebih matang serta boleh hidup berdikari tanpa bantuan dari mereka,” katanya.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini