Use your ← → (arrow) keys to browse
SUKA KEJUJURAN MALAYSIA!
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kenalan dari Malaysia, ternyata John tidak dapat menyorok keterujaan berbicara tentang kawan-kawan asal Malaysia.
“Saya suka dengan kejujuran orang Malaysia. Kawan Melayu saya kebanyakannya periang dan kelakar orangnya. Mereka terlalu jujur dan ikhlas. Mereka juga mengajar saya tentang makanan Malaysia.
“Saya wajib datang Malaysia selepas tamat Covid19 nanti. Saya akan rakam momen indah di Malaysia untuk saluran youtube saya,” tawa John.