Emosi Terjejas, Dr.Choi Dedah #COVID19 Makin Tak Terkawal & Risiko Frontliners

Peningkatan kes kematian dan jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat membuatkan ramai tertanya-tanya situasi sebenar yang berlaku di sana. Bagi mengenal pasti keadaan tersebut, KOREA BUZZ secara eksklusif berjaya menghubungi seorang doktor berasal dari Korea Selatan yang telah lebih 10 tahun bertugas dan menetap di Amerika Syarikat.

Doktor Choi berkorban dan berpisah dengan keluarga buat sementara

Choi Eugene, 42 telah berkongsi cerita keadaan di sana selain mendedahkan pelbagai perkara yang tidak diketahui umum termasuklah pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi frontliner di sana. Ikuti temu bual eksklusif bersama Doktor Choi yang juga popular di laman Instagram sebagai penasihat kesihatan untuk mendapatkan bentuk badan ideal dan seksi sepertinya walaupun sudah mencecah usia 40 tahun ke atas.

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse
Doktor Choi pernah menjadi model dengan ketinggian 183cm.

KOREA BUZZ:  Bagaimanakah anda sebagai seorang doktor mengawal keadaan emosi anda sendiri dan pesakit di sana?

DOKTOR CHOI: Saya berurusan dengan pesakit yang sangat sakit sejak saya bekerja di hospital. Bekerja dalam bidang perubatan mempunyai kesan emosi. Sangat sukar bagi seseorang untuk melakukan pekerjaannya dalam bidang perubatan jika seseorang terlalu emosional. Terus-terang, saya kadang-kadang menghadapi kes-kes yang sangat tragis dan menjejas emosi saya.

KOREA BUZZ: Kongsi pengalaman anda dalam merawat dan berurusan dengan pesakit COVID19.

DOKTOR CHOI: Saya telah melakukan beberapa prosedur intervensi pada pesakit COVID-19. Sebagai contoh, prosedur terakhir saya adalah thoracentesis, yang melibatkan penyingkiran cecair di dalam paru-paru pesakit. Nasib baik, kekurangan PPE tidak menjadi masalah serius di hospital saya tidak sama seperti di banyak negara dan dunia.

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini