Emosi Terjejas, Dr.Choi Dedah #COVID19 Makin Tak Terkawal & Risiko Frontliners

Peningkatan kes kematian dan jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat membuatkan ramai tertanya-tanya situasi sebenar yang berlaku di sana. Bagi mengenal pasti keadaan tersebut, KOREA BUZZ secara eksklusif berjaya menghubungi seorang doktor berasal dari Korea Selatan yang telah lebih 10 tahun bertugas dan menetap di Amerika Syarikat.

Doktor Choi berkorban dan berpisah dengan keluarga buat sementara

Choi Eugene, 42 telah berkongsi cerita keadaan di sana selain mendedahkan pelbagai perkara yang tidak diketahui umum termasuklah pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi frontliner di sana. Ikuti temu bual eksklusif bersama Doktor Choi yang juga popular di laman Instagram sebagai penasihat kesihatan untuk mendapatkan bentuk badan ideal dan seksi sepertinya walaupun sudah mencecah usia 40 tahun ke atas.

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse
Keadaan di hospital tempat dia bertugas.

KOREA BUZZ: Apakah kesan negatif COVID19 yang paling ketara?

DOKTOR CHOI: Jumlah kematian di seluruh dunia adalah mengejutkan. Ini pada asasnya menjadi Perang Dunia III.

KOREA BUZZ: Anda berasal dari Korea, adakah anda memulakan inisiatif anda sendiri untuk mencari bantuan dari Teknologi Korea yang berjaya mengendalikan Covid19?

DOKTOR CHOI: Walaupun saya berasal dari etnik Korea, sudah lebih dari 10 tahun sejak saya kali terakhir melawat Korea. Saya tidak pun minta bantuan doktor Korea (di Korea) berkaitan dengan keadaan COVID-19.

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini