Juara Big Stage musim kedua, Jang Han Byul terus mencipta nama di Malaysia apabila lagu Melayu sulungnya berjudul Luka dan Bahagia semakin mendapat tempat di semua corong radio tempatan. Oleh kerana itu, Han Byul tidak akan melepaskan peluang jika mendapat undangan menyanyi di Malaysia.
Memandangkan dia sudah menganggap Malaysiaku Syurgaku, Hanbyul tidak segan dan tidak lokek berkongsi tentang kehidupannya dengan lebih mendalam. Kali ini dia juga turut mendedahkan tentang dirinya yang jarang sekali dikongsi. Ikuti perkongsian Hanbyul istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ.
Advertisement