Use your ← → (arrow) keys to browse
“Kalau saya tinggal di Malaysia, saya nak pergi ke Opera House dan tonton banyak persembahan orang Malaysia. Saya nak lihat perlawanan bola sepak di stadium nasional bukit jalil dan menyanyi lagu Negaraku di situ jika diberi keizinan. Saya juga mahu pergi ke Kota Kinabalu dan merasai alam semula jadi di sana.
Sementara itu, walaupun hasrat Doo lebih kurang sama dengan Hoon, tetapi dari jawapan yang diberikan, jelas bahawa Aina Abdul adalah wanita kesukaannya.
“Saya juga nak busking dengan dihiasai permandangan indah Malaysia. Saya mahu rakam video yang terbaik untuk keluarga dan rakan saya di Korea. Saya nak jumpa Aina Abdul dan menyanyi bersamanya,” katanya.
Temu ramah eksklusif bersama Hoon Doo menjadi lebih menarik apabila mereka berkongsi tips tentang kemurungan, LGBT dan Korona di Korea. Dapatkan pengakuan tersebut di entri susulan.