Idolakan Jackson Wang & Mengidamkan Nam Joo Hyuk, Justin Ho Jawab Soal Lelaki Bergelar Suami Dengan Pasangan Sejenis!

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menyentuh mengenai peluang menginap di Korea selama sebulan, rupa-rupanya Justin mempunyai perancangan tersendiri.

“Dalam masa sebulan, saya kalau boleh nak merayau satu korea. Nak berjumpa kawan baru dan mempelajari budaya mereka sudah semestinya. 10 perkara yang saya tahu pasal Korea ialah  Kimchi, Kpop, Kdrama, Bbq, Handsome, Pretty, Nice Skin, Talent, maple dan hanbok.

“Saya akan ambil peluang untuk berlakon di Korea. Kalau benar peluang itu wujud, saya mahu berlakon bersama Nam joo-hyuk and Park Shin Hye.” Jelasnya.

Menjawab mengenai isu bapa orang atau suami orang yang menjalinkan hubungan sejenis, ini jawapan umph dari Justin yang wajar bagi dirinya.

“Saya bukan jenis sibuk pasal tepi kain orang. Saya tidak kisahlah cara hidup mereka. Tapi apa yang boleh saya katakan adalah selagi mereka tidak menyakiti orang lain, mereka mempunyai kebebasan untuk memilih,” katanya mengakhiri sesi temubual.

 

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini