Seronok Ubah Orang, Ini Menu Rahsia Untuk Kekal Badan Kekar Serta Bergetah!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Saya masih minum alkohol. Selalu saya akan minum Soju dan hanya mampu minum sebanyak tiga botol saja,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pengalaman membimbing ramai lelaki dan wanita untuk menjadi seksi dan langsing, ternyata Joon Kyo mempunyai pelbagai kenangan manis dan pahit. Namun, ia adalah memori yang memang sukar dilupakan.

“Saya berasa seronok dan bagus melihat orang yang sebelum ini tidak suka bersukan dan bersenam menjadi minat dalam bersukan. Malah, saya juga amat teruja melihat mereka teruja untuk datang ke gym. Terus-terang, saya sangat seronok mereka perubahan orang menjadi lebih sihat,” jelasnya.

Mengetahui ramai masyarakat dunia menyukai makanan Korea, Joon Kyo menasihati agar kurang mengambil menu Korea tersebut kerana tidak sesuai bagi mereka untuk berdiet.

“Antara makanan Korea yang tidak sesuai untuk mereka yang mahu badan sihat, seksi dan langsing ialah ayam goreng Korea, bibimbap, kimchi stew dan banyak lagi,” ujarnya.

Jangan lepaskan peluang menjadi insan yang pertama mengetahui selebriti Korea yang paling digeruni kerana miliki badan yang cantik di entri akan datang. Tunggu.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini