Use your ← → (arrow) keys to browse
Tersenyum lebar apabila ditanya mengenai ramai wanita Malaysia yang menyukai lelaki Korea, Minho rasa bangga kerana dia adalah asli lelaki Korea.
“Saya rasa bagus tapi apabila dapat tahu perkara ini semakin dalam, sebagai lelaki Korea saya perlu menjaga penampilan supaya tidak mengecewakan mereka. Tapi sebenarnya, saya masih belum mengalami pengalaman tersebut yang mana wanita Melayu mahukan boyfriend oppa. Atau mungkin saya ni tidak kacak atau tidak perasan cara mereka katakan suka.
“Apapun, saya menunggu saat tersebut. Siapa tahu, dia jodoh saya. Tentang lelaki Melayu, saya rasa mereka semua begitu rajin berdikari. Saya lihat, banyak lelaki Malaysia terutama sekali lelaki Melayu bertungkus lumus mencari jalan penyelesaian supaya tidak mengecewakan ramai pihak walaupun mereka menghadapi kesukaran.
“Setakat ini, saya kenal pelbagai jenis lelaki Melayu. terdapat banyak lelaki Melayu yang bersemangat dan banyak yang sangat setia kepada isteri mereka,” katanya lagi.