ONLY ONE OF: Yuna Jadi Idaman & Ada Yang Terkejut Serta Takut Malaysia

Kumpulan ONLY ONE OF yang dianggotai 7 anak muda ini masih lagi baru dalam industri muzik K-POP. Malah, mereka tidaklah setanding kumpulan BTS yang menakluk dunia ketika ini. Pun begitu, keunikan Only One Of terletak kepada variasi bakat dan umur anggota yang jaraknya jauh.

Walaupun masih lagi baru, ONLY ONE OF beruntung kerana sudah memiliki album penuh sendiri bukan saja album digital tetapi album fizikal. Malah, mereka mampu mengadakan showcase secara roadtour di dua negeri iaitu Johor dan Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, persembahan tersebut dibanjiri ramai peminat K-POP di seluruh negara, pada penghujung 2019. Ada juga yang hadir dari Singapura dan negara jiran.

 

Apa yang pasti, sebelum mereka menghiburkan peminat di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berkesempatan menemubual mereka secara dekat dan mesra di Cafe Benne, Damansara Utama yang menjadi lokasi rasmi untuk bintang baru KPOP ini berjumpa dengan beberapa media tempatan yang terpilih.

Jm ikuti lebih dekat KB, Love, Rie, Yoojung,  Junji, Mill dan Nine yang menjawab soalan berkaitan Malaysia. Menariknya, mereka ini seakan terpinga-pinga kerana tidak banyak tahu tentang Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai dari Malaysia.

 

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

RIE ( LEE SUNGHO)

Kongsikan rasa anda apabila pertama kali tahu tentang Malaysia dan selepas menjejakkan kaki serta berjumpa dengan orang Malaysia?

RIE: Saya rasa macam orang gila. Saya teruja sangat-sangat apabila sampai di sini. Saya tambah teruja melihat orang Malaysia. Sikap peramah dan baik hati. Mereka sambut kedatangan kami dengan baik sekali. Memang rasa enjoy sangat.

Apa yang bermain di fikiran anda selepas pihak pengurusan mengumumkan bahawa anda semua akan mengadakan persembahan dan berjumpa peminat di Malaysia?

RIE: Ini pertama kali saya datang Malaysia. Sudah pasti saya sangat teruja terutama sekali dapat berjumpa dengan peminat di Malaysia. Ini juga pertama kali saya berjumpa dengan peminat dari luar Korea. Terharu sangat!

4 Perkara yang anda akan lakukan seandainya anda diberi masa satu hari bersendirian di Malaysia?

RIE: 1) Melawat tempat menarik

2) Makan makanan yang sedap

3) Berjumpa dengan peminat

4) Shopping sakan.

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini