ONLY ONE OF: Yuna Jadi Idaman & Ada Yang Terkejut Serta Takut Malaysia

Kumpulan ONLY ONE OF yang dianggotai 7 anak muda ini masih lagi baru dalam industri muzik K-POP. Malah, mereka tidaklah setanding kumpulan BTS yang menakluk dunia ketika ini. Pun begitu, keunikan Only One Of terletak kepada variasi bakat dan umur anggota yang jaraknya jauh.

Walaupun masih lagi baru, ONLY ONE OF beruntung kerana sudah memiliki album penuh sendiri bukan saja album digital tetapi album fizikal. Malah, mereka mampu mengadakan showcase secara roadtour di dua negeri iaitu Johor dan Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, persembahan tersebut dibanjiri ramai peminat K-POP di seluruh negara, pada penghujung 2019. Ada juga yang hadir dari Singapura dan negara jiran.

 

Apa yang pasti, sebelum mereka menghiburkan peminat di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berkesempatan menemubual mereka secara dekat dan mesra di Cafe Benne, Damansara Utama yang menjadi lokasi rasmi untuk bintang baru KPOP ini berjumpa dengan beberapa media tempatan yang terpilih.

Jm ikuti lebih dekat KB, Love, Rie, Yoojung,  Junji, Mill dan Nine yang menjawab soalan berkaitan Malaysia. Menariknya, mereka ini seakan terpinga-pinga kerana tidak banyak tahu tentang Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai dari Malaysia.

 

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

YOOJUNG ( LEE TAE YEOB)

Kongsikan rasa anda apabila pertama kali tahu tentang Malaysia dan selepas menjejakkan kaki serta berjumpa dengan orang Malaysia?
YOOJUNG: Bersyukur dan berterima kasih kepada Malaysia. Saya betul-betul rasa dihargai.

Apa yang bermain di fikiran anda selepas pihak pengurusan mengumumkan bahawa anda semua akan mengadakan persembahan dan berjumpa peminat di Malaysia?


YOOJUNG: Mulanya saya rasa macam salah dengar. Saya betul-betul rasa macam sukar mahu dipercayai. Saya sudah pun debut lebih 100 hari, tapi hari tulah hari yang menggembirakan saya apabila menerima pengumuman ini. Saya betul-betul sangat berterima kasih dengan peminat antarabangsa terutama sekali peminat Malaysia. Terima kasih sebab jemput kami yang masih lagi baru ini. Kami rasa sangat terharu.

4 Perkara yang anda akan lakukan seandainya anda diberi masa satu hari bersendirian di Malaysia?

YOOJUNG: 1) Kunjungi restoran popular

2) Membeli-belah

3) Melawat tempat pelancongan

4) Memerap dalam hotel dan menikmati pemandangan indah.

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini