Use your ← → (arrow) keys to browse
Layan Playlist lagu dari NCT 127, ITZY dan EXO Baek Hyun!
“Mungkin selepas beberapa single lagi keluar saya akan mula buat persembahan di pentas. Mungkin tak selincah dulu, saya pun dah berusia melepasi 30 sekarang,” katanya berseloroh dia bukan lagi seorang idol tetapi lebih kepada komposer yang juga menyanyi. Sam juga masih mendengar lagu-lagu terkini untuk stay relevant dengan muzik yang diciptanya untuk artis muda.
“Playlist saya buat masa ini antaranya adalah dari NCT 127, ITZY dan EXO Baek Hyun yang punya warna mereka yang tersendiri dalam lagu mereka. Muzik dari artis SM agak menarik bagi saya sekarang,” cerita Sam yang gembira dapat menemubual ramai penyanyi dalam rancangan Super K-Pop di Arirang Radio termasuk Blackpink dan paling star struck saat menemubual Tiger JK bersama isterinya Yoon Mirae.
Dia amat berterima kasih dengan kerjayanya di Arirang yang bermula sejak 2013 lagi. Walaupun berhenti seketika kerana memberi tumpuan pada Lunafly, dia kemudiannya dipanggil untuk bertugas semula dan sehingga kini kerjayanya sebagai penyampai radio memberikannya stabiliti untuk terus berada di Korea dan membolehkannya untuk punyai kehidupan yang selesa.
“Mujur saya diberi peluang dan keper bersama Arirang. Inilah penyelamat saya ketika nasib Lunafly berakhir. Mungkin sukar untuk saya bertahan jika tidak kerana kerjaya radio ini,” akuinya yang sudah melalui susah senang dunia K-pop dan menghargai setiap pengalaman terdahulu.