Won Sub Bercerita Pasal Islam & Kekesalan Anda Kalau Tak Pergi Ke Korea!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Di samping mempromosikan karya hebatnya, Won Sub turut berkongsi keindahan sebenar menerusi saluran YouTube miliknya. Malah, dia tidak pernah lelah untuk tampil kreatif.

“Terus-terang, dari empat musim di Korea, saya memang suka dan menantikan musim salji. Jadi, bagi saya, orang Malaysia atau negara yang tidak bermusim wajib datang ke Korea pada musim sejuk. Saya nasihatkan Orang Malaysia perlu datang pada musim salji dan musim luruh kerana pada musim panas, cuaca di Korea sangat panas. Malah, menyebabkan anda sukar untuk melakukan aktiviti di luar.

“Selain itu, musim luruh dan musim salji mempunyai rasa dan emosi yang berbeza. Sama seperti drama Itaewon Class.  Korea memang banyak tempat menarik. Tapi ada perkara yang boleh menyesal tidak melawat Korea. Orang Korea sangat baik dan peramah dengan bangsa asing. Anda juga selamat untuk ke mana saja di Korea kerana sistem keselamatan Korea yang sangat bagus. Anda juga hanya boleh melihat budaya ini di Korea saja.

“Saya harap ramai orang teruja dan gembira sewaktu berada di Korea. Namun, saya tahu, ada juga pelancong asing kecewa apabila melawat Korea. Kekecewaan ini kebiasaannya berlaku kepada peminat drama Korea yang merasakan karakter dalam drama tersebut sama dalam dunia realiti. Apa yang saya cakap, anda sebenarnya tersilap idea kalau mahu datang kerana merasakan mudah melihat aktor dan bintang KPOP di tepi jalan,” jelasnya yang tertawa mengingat kenangan berkaitan percutian.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini