Pernah Duet Lagu Raya, Daud Kim Ingin Tampil Album Nasyid & Idam Duet Iman Troye Serta Jawab Isu Tumpang Populariti

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mualaf Korea popular, Daud Kim sebelum ini lebih dikenali dengan nama penyanyinya iaitu Jay Kim. Atas nama tersebut, dia pernah diundang menghiburkan peminat di Indonesia. Bagaimanapun, ramai sedia maklum, figura yang bakal menimang cahaya mata kedua ini turut dikenali dengan nama sebenarnya iaitu Kim Jae Han.

dau1-1
dau1
Dau2
Dau
PlayPause
dau1-1
dau1
Dau2
Dau
previous arrow
next arrow

Walaubagaimanapun, ketiga nama ini mempunyai personaliti yang berbeza dan ini adalah pengakuan sebenar pemilik ketiga-ketiga nama tersebut.


“Kim Jae Han adalah seorang manusia biasa. Seorang bapa dan suami yang mencintai keluarganya serta mahu hidup seperti orang biasa. Jay Kim pula ialah seorang penyanyi dan bangga dengan kehidupan yang lepas.


“Saya suka hidup sebagai penyanyi tetapi saya kini lebih cintakan Allah. Saya sendiri sangat menyangi Jay Kim. Namun, saya tidak mahu kembali dengan Jay Kim. Daud Kim adalah saya yang sebenarnya. Daud Kim yang percaya untuk hidup kerana Allah,” katanya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini