Pernah Duet Lagu Raya, Daud Kim Ingin Tampil Album Nasyid & Idam Duet Iman Troye Serta Jawab Isu Tumpang Populariti

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse


Bercerita mengenai karier sebagai penyanyi, Daud Kim pernah menyanyikan lagu raya berjudul Insa Raya bersama dengan beberapa penyanyi dari Malaysia. Namun, dia tidak mahu menjawab isu individu yang muncul dalam video youtubenya hanya semata-mata meraih populariti.

Foto oleh oldmoon studio


“Mereka guna saya demi popular? Saya rasa lebih baik saya tidak mahu komen tentang ini. Memang ramai yang muncul dalam video bersama saya. Apapun, sama ada dia Islam atau pun tidak, biarlah Allah yang menentukan segalanya.



“Setakat ini, saya tiada lagi perancangan untuk comeback sebagai penyanyi. Sejujurnya, saya mahu menyanyi lagi. Pun begitu, dalam dunia realiti, ia satu perkara yang amat sukar. Tetapi, kalau saya ada peluang, saya mahu buat album Nasyid. Insya-Allah.

“Ya. Saya pernah nyanyi lagu raya bersama-sama artis dari Malaysia. Ini pengalaman yang paling indah. Seperti yang saya katakan, masih belum ada untuk tampil lagu baru. Walau bagaimanapun, jika diberikan peluang, saya nak kolaborasi dengan Iman Troye. Saya selalu dengar lagu dari Iman. Kalau sudi, tak salah berduet dengan dia,” jelanya.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini