Muncul Di GV9, Hoon Doo Diserbu Peminat & Selebriti, Nabil Pula Terkelu & Kak Lina Cair!

Kemunculan duo popular dari Korea, Hoon Doo yang sering menyanyikan lagu bahasa Melayu di saluran youtube mereka bikin pentas semi final Gegar Vaganza lain macam tidak seperti minggu yang sudah.

Hoon Doo yang juga ahli kumpulan KPOP Paradise sering saja membuat video reaksi persembahan bintang GV9 dan mahu merasaikan kelainan dengan menonton secara langsung program hiburan nombor satu di Malaysia ini.

Malah, kedatangan Hoon Doo yang diiringi pengurusannya di Malaysia iaitu HAE turut mendapat reaksi positif dari selebriti yang turut hadir dalam konsert separuh akhir GV. Kebanyakan selebriti tidak lepaskan peluang untuk berkenalan, berbicara dan bergambar bersama dua jejaka ini. Jika selebriti sudah meriah, peminat pula havok menjerit nama Hoon Doo yang mana ia difahamkan jeritan dari kelab peminat Hoon Doo yang diberi nama SWARA.

 

Jeritan tersebut membuatkan hos GV, Nabil Ahmad terkelu dan terkejut adanya oppa original yang juga artis Korea hadir menonton konsert GV9. Kak Lina pula seperti biasa, apabila tahu ada oppa kacak ini, dia terus cair dan melontarkan kata Saranghae iaitu I LOVE YOU.

Sebelum GV mengumumkan nama finalis di segmen ada lagu ada lagi, Hoon Doo pula muncul di program GV Plus di youtube yang mana mereka berdua di temuramah oleh hos, Fiza. Ternyata bukan saja menjawab soalan, mereka berdua turut menyanyikan sedikit lagu dari Aina Abdul yang pernah dinyanyikan oleh Hoon Doo.

Sebaik saja tamat program, Hoon Doo pula diserbu peminat yang berebut mahu merakam foto dan video bersama. Malah, Hoon Doo juga sempat bertegur sapa dan berborak dengan finalis GV iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok dan VE.

 

Apa sekalipun, kedua jejaka kacak ini bakal bertemu peminat dalam program KAROK HOONDOO yang akan diadakan pada hari selasa jam 9 malam di IOI Mall puchong. Kepada yang berminat, boleh mendaftar di sini.

Adakah kedatangan mereka petanda benar bahawa mereka akan menyertai program Big Stage musim terbaru? Semuanya bakal terjawab nanti.

 

Kongsikan artikel ini