Selepas Anak Johor Jadi Kembar Jungkook, Kini Tular Sedunia Tiktoker Filipina Mirip Jimin BTS Tak Seperti Oli London Si Kembar Jadian!

Netizen dunia terutama sekali peminat tegar BTS tergamam dan terkejut apabila melihat wajah raja tiktok dari Filipina bernama Ian Noel De Leon. Jejaka yang mempunyai jumlah pengikut di Tiktok melebihi 896.8K  ini memukau ramai penonton apabila wajahnya saling tidak tumpah seperti ahli BTS bernama Jimin.

Wajah Ian


Malah, Ian dikatakan sangat mirip kerana tidak perlu dadanan atau pembedahan plastic tetapi sudah sama wajahnya dengan Jimin. Perbezaan yang paling ketara adalah warna kulit dan potongan badan.

Mirip atau tidak dengan Jimin BTS?

Video tiktok Ian juga mendapat tontonan lebih 11 Juta kerana wajahnya sangat mirip dengan Jimin BTS. Tidak seperti pemuja tegar Jimin bernama Oli London yang segalanya palsu untuk menjadi seperti Jimin.

Oli London peminat fanatik Jimin


Atas dasar ini juga, tidak hairanlah Ian yang kini popular telah menjadi idola dunia. Anda boleh menilai sendiri persamaan tersebut dengan mengikuti saluran Tiktok Ian iaitu @iannoel. Sebelum ini, anak jati johor juga mengejutkan ramai orang apabila wajahnya mirip Jungkook BTS.

Kongsikan artikel ini