Kes 5 Artis Korea Ditipu Pengurus. Sampai Ada Diugut Simbah Asid & Curi Underwear!

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

LEE JONG HYUK

Selain dikenali dengan aktor yang berbakat besar, Lee Jong Hyuk turut disegani kerana sikapnya yang baik hati dan pemurah. Bagaimanapun, kebaikan Jong Hyuk telah disalah guna oleh pekerja dan perkara ini dicium pihak media pada 2013.

Pada Mac 2011, pengurusnya bernama Mr Choi telah memberitahu bahawa ibunya telah mengalami kanser. Disebabkan tersentuh dan risau, Jong Hyuk telah memberikan USD4100 kepada Mr Choi untuk tujuan rawatan. Bagaimanapun, Jong Hyuk tidak tahu bahawa cerita Mr Choi ada tipu dan rekaan semata-mata. Difahamkan, Mr Choi bukan menipu Jung Hyuk sahaja. Ada 6 lagi mangsa cerita tipu Mr Choi yang mana kesemuanya adalah artis di bawah agensi Jong Hyuk. Sekitar 2013, penipuannya kantoi apabila dia dikesan terlibat dengan hutang yang banyak.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini