Use your ← → (arrow) keys to browse
SUPER JUNIOR
Pada sekitar 2009, ahli Super Junior iaitu Yesung terpaksa membatalkan jadualnya bersama kumpulan ini kerana sakit. Selepas semua ahli Super Junior bergerak ke lokasi jadual, Yesung tinggal seorang di kediaman Super Junior. Yesung tidak dapat berehat dengan selesa kerana terdengar satu benda yang pelik dirumahnya itu. Untuk mengenal pasti mana datangnya bunyi bising tersebut, Yesung dapati ketua pengurus Super Junior sedang cuba membawa lari hadiah berharga yang dikirimkan peminat buat Super Junior. Malah, pengurus itu juga cuba mencuri barang milik ahli Super Junior yang lain. Ada hikmah hari itu Yesung sakit kerana niat jahat pengurusnya itu telah dikesan.