Tirai 2018 Dibuka Dengan Skandal Cinta 7 Pasang Selebriti Popular Korea

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. G.O MBLAQ & CHOI YE SEUL

 

Seorang lagi ahli kumpulan Mblaq, G.O telah mengesahkan secara rasmi menerusi akaun Instagram peribadinya bahawa dia telah bercinta dengan pelakon Chou Ye Seul dengan muat naik gambar dia bersama. Dalam kenyataan tersebut, G.O menyatakan bahawa walaupun dia tidak sepopular mana sejak debut 10 tahun yang lalu sekitar 2007, pelbagai liku hidup yang dilaluinya sehinggalah dia berjumpa dengan Ye Seul yang sangat memahami dan menerimanya seadanya.

 

Pengumuman kedua-dua figura ini telah menyukarkan agensi G.O untuk mengesahkan kerana tatkala ini bintang kacak ini sedang menjalani latihan ketenteraan dan kisah ini lebih kepada kisah peribadi berbanding karier. Manakala agensi Ye Seul menyatakan bahawa aktres ini tidak lagi dibawah jagaan mereka kerana dia telah membuat keputusan untuk tidak berlakon lagi. Oleh itu, mereka tidak boleh mengesahkan apa-apa tentang hubungan ini.

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini