Gempar! Yaya Boboiboy Sedang Main Cinta Dengan Aktor Korea, Hubungan Intim

Jika anda menonton filem Boboiboy, pasti anda tahu heroin filem ini iaitu Yaya. Terbaru, heroin ini dikatakan sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Korea Selatan. Malah, dia dikatakan kini sedang hanyut dilamun cinta dengan seorang pelakon kacak Korea.

Yaya Boboiboy yang dimaksudkan ialah Alisya Rashid iaitu pemilik suara watak Yaya. Menurut sumber yang sahih, Alisya kini terlibat dengan program BLIND DATE yang diterbitkan trio youtuber yang terkenal di Malaysia iaitu Blimey.

Alisya Rashid


Alisya dipilih untuk menyertai program yang ditayangkan di saluran VIU bersama seorang lagi gadis dari India. Program berjudul Blinddate ini ditayangkan setiap hari Jumaat jam 6 petang waktu Korea.

Dalam program ini, dua wanita dari Malaysia dipadankan dengan dua jejaka Korea yang kacak dan tampan. Program yang diterbitkan berdasarkan budaya Sogaeting (BLINDATE ) yang amat popular di kalangan orang muda Korea.

Aktor Korea Dean


Menurut video teaser yang disiarkan, Alisya difahamkan dipadankan dengan pelakon Korea iaitu Seung Jae atau nama antarabangsa Dean. Ternyata Dean yang menyertai pertandingan ALTITUDE WORLD SUPER MODEL dengan bernombor 3 terkejut dengan status Alisya.

Alisya bersama Brian

Selain Dean, seroang lagi peserta AWS Korea iaitu Brian turut sama menjadi jejaka yang dipadankan dengan seorang lagi gadis dari Malaysia. Jadi, kepada anda yang merasakan kedua-dua mereka layak ke peringkat TOP, anda bolehlah mengundi Brian dan Dean di sini.

Dalam pada itu, pengakhiran temujanji ini masih belum dikenal pasti sama ada Yaya Boboiboy memilih Dean atau pun Brian sebagai pasangan. Apa sekalipun, anda boleh menyaksikan program ini secara langsung di saluran VIU setiap Jumaat. Pastikan anda juga tidak terlupa untuk mengundi dua jejaka ini.

Kongsikan artikel ini