Pecah Rekod Dunia, 10 Sebab Kumpulan BTS Berjaya Tundukkan Justin Bieber

Billboard Music Awards 2017 (BBMA) yang berlangsung di T-MOBILE Arena Las Vegas pada 21 Mei, mencipta satu sejarah baru industri hiburan Korea apabila bintang K-POP, BTS atau nama penuhnya Bangtan Sonyeondan berjaya meraih anugerah Top Social Artists.

 

 

Malah, BTS yang dianggotai oleh Jin, Suga, J-Hope, Rap Monster, Jimin, V, dan JungKook berjaya tewaskan saingan terdekat mereka iaitu Justin Bieber. Selain Bieber, calon lain bagi kategori ini ialah Selena Gomez, Ariana Grande dan Shawn Mendes.

 

 

 

10 Sebab BTS Berjaya Tundukkan Justin Bieber

 

 

1. BTS mendapat undian sebanyak 300 Juta dari peminat seluruh dunia untuk memenangi kategori ini.

 

2. Majalah Vogue telah menobatkan BTS sebagai pakaian terbaik di Karpet Magenta (Karpet Merah) Billboard Music Awards 2017.

 

3. Penampilan kemas BTS turut mengundang tuah buat ahli BTS bernama V yang digelar bintang fesyen dari kalangan ahli BTS yang lain.

 

4. Sepanjang siaran langsung BBMA, seorang lagi ahli BTS iaitu Jin menjadi tular kerana ketampanannya dengan gelaran ‘yang ketiga dari kiri’.

 

5. Mengalahkan Justin Bieber, BTS juga telah memecahkan rekod kemenangan Justin Bieber yang telah memenangi kategori ini sebanyak 6 kali berturut-turut.

 

 

 

 

6. Penganjur BBMA terkejut melihat sokongan Army iaitu gelaran peminat bagi kumpulan BTS sepanjang penganjuran anugerah.

 

7. Apabila nama BTS disebut sebagai calon bagi kategori ini, peminat BTS tidak berhenti-henti menjalankan kempen mengundi yang melibatkan peminat K-POP seluruh dunia.

 

8. Super Star Korea yang juga bergelar Bintang Antarabangsa iaitu PSY turut mengalukan kedatangan BTS sebagai bintang antarabangsa dengan memberikan beberapa nasihat kepada 7 jejaka muda ini. Malah, BTS merupakan artis Korea kedua yang berjaya tercalon dalam anugerah ini selepas PSY yang pernah meraih anugerah ”Top Streaming Song (Video)’ with ”Gangnam Style” pada 2013.

 

9. Bintang Hollywood, Perez Hilton secara automatik menjadi fanboy kepada BTS sepanjang BBMA. Bintang Disney iaitu Laura Marano dan Cirque du Soleil‘s KÀ secara rasmi menjadi ahli kelab peminat BTS dari kalangan selebriti antarabangsa.

 

10. Selepas berjumpa BTS, The Chainsmoker berikan pembayang bahawa mereka berminat dan bakal berkolaborasi bersama BTS.

 

 

 

Antara lagu yang menaikkan nama BTS.

 

 

 

Profil BTS

Ahli BTS: Rap Monster, Jin, Suga, J-Hope, V, Jimin dan Jungkook.
Debut: June 13, 2013
Agensi; Big Hit Entertainment
Gelaran Peminat: ARMY (Adorable Representative MC for Youth)
Media Sosial Rasmi:
Instagram: @bts.bighitofficial
Twitter: @bts_twt

Kongsikan artikel ini