Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasangan pelakon Korea iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah mengejutkan dunia hiburan Korea dengan pengumuman percintaan mereka selepas membintangi drama popular Descendant of The Sun. Bagaimanapun, dalam pada netizen Korea dan peminat antarangbansa mencemburui pasangan ini, akhirnya seluruh peminat akur dan merestui pasangan sama cantik sama padan yang telah sah berkahwin pada Oktober 2017.
Walaupun begitu, pasangan yang digelar Song-Song ini bukanlah pasangan pertama di Korea yang memulakan percintaan di set penggambaran dan berakhir di jinjang pelamin. Ada ramai lagi selebriti Korea turut sama bertemu jodoh dilokasi iaitu Kwon Sang Woo- Son Tae Young, Lee Bo Young- Ji Sung, Ki Tae Young – Eugune dan Ahne Jae Hyun – Goo Hye Sun. Namun, pasangan Song-Song memberikan impak berlainan kerana pasangan ini bukan saja popular di Korea tetapi sangat di kenali di seluruh dunia. Malah, peminat sangat teruja menanti majlis wedding of the year pasangan ini yang telah berlangsung di Hotel Shilla, Seoul, Korea Selatan.
Mengikuti kisah cinta pasangan ini, kontroversi yang melanda pasangan selebriti Malaysia iaitu Fattah Amin dan Fazura yang lebih dikenali sebagai pasangan Fatzura dilihat mengikuti jejak langkah Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ, berikut adalah persamaan pasangan Song-Song dengan Fatzura.