Bagi peminat drama Korea dan KPOP, kedai serbaneka CU dari Korea ini sememangnya sudah sebati dalam diri mereka. Ini kerana, hampir semua drama Korea menampilkan CU Mart dalam babak cerita. Oleh kerana itu, pembukaan sulung CU Mart Malaysia di Centerpoint Bandar Utama menerima impak luar biasa sehingga tular dan menjadi tumpuan.
Walaupun dalam fasa baru pembukaan dan hanya ada di Bandar Utama, CU Mart yang sememangnya berlambak di seluruh Korea ini menerima cadangan agar ia diperluaskan lagi dengan membuka cawangan di seluruh negara.
Namun, ada masyarakat yang masih lagi tidak tahu tentang CU Mart, memberikan pelbagai persoalan apa keistimewaan sebenar kedai serbaneka ini. Malah, ada juga yang membandingkan dengan kedai 7 ELEVEN dan Family Mart.
Bagi menjawab persoalan ini, KOREA BUZZ berikan anda fakta menarik yang membuatkan CU MART sentiasa menjadi pilihan bangsa Korea dan mekar di sana. Anda juga boleh merasai apa yang dikongsikan sendiri di CU Mart Malaysia @ Centerpoint Bandar Utama Beralamat Centrepoint, Lot G3 & G3A, Ground Floor, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
6 Sebab CU MART Menjadi Pilihan Orang Korea!
1. Lokasinya sering saja strategik dan berada berdekatan di kawasan perumahan.
2. Harga yang ditawarkan sangat murah berbanding kedai serbaneka yang lain.
3. Orang Korea suka makan pelbagai jenis makanan yang ringkas dan sedap. CU Mart mempunyai pelbagai pilihan makanan yang murah dan menyelerakan.
4. Kedai ini juga dijadikan tempat untuk bertemu rakan terdekat dengan meminum secawan kopi. Malah, ada juga menjadikan ruang makan dan minum ini sebagai tempat untuk menjamu selera yang baik kerana makanan murah dan cepat disediakan secara layan diri.
5. Terdapat pelbagai pilihan minuman keras yang mana ia hanya dijual bagi pelanggan yang berumur 19 tahun ke atas saja. Orang Korea boleh minum disini tanpa perlu ke bar.
6. Selain menjual makanan dan minuman, CU juga seperti kedai pharmacy oleh orang Korea. Kerana disini pelbagai jenis ubat-ubatan dijual seperti ubat sakit perut, ubat demam, bandage, minyak dan macam-macam lagi.