7 Jejaka Dikehendaki Menyertai W7VE! Adakah Anda Yang Dicari?

HAE, agensi yang sedang meningkat naik dan diuruskan oleh Basicmeta Sdn Bhd, kini mengorak langkah berani dengan mengambil inspirasi dari kumpulan popular Korea seperti H5IVE dan ACD7. Kedua-dua kumpulan ini terkenal dengan ahli-ahli mereka yang aktif dalam bidang peragaan dan lakonan. HAE mahu membawa fenomena yang sama ke Malaysia!

Dengan 70% bakat dari Korea, HAE ingin memberikan peluang keemasan kepada anak Malaysia untuk bersinar seperti bintang Korea dengan menubuhkan W7VE. Jika anda lelaki berusia 21 hingga 30 tahun dengan ketinggian sekurang-kurangnya 178 cm, peluang ini mungkin milik anda!

W7VE akan menampilkan 7 jejaka hebat yang berbakat dalam nyanyian, tarian, peragaan, lakonan, fitness, dan sebagai influencer (pencipta kandungan). Kumpulan ini tidak hanya memerlukan rupa, tetapi juga bakat yang luar biasa untuk bersinar di pentas seni.

Mereka akan menandatangani kontrak istimew bersama HAE yang mana ia banyak memberikan maanfaat luar biasa. 7 jejaka yang bakal dipilih akan menjalani latihan intensif sebelum diumumkan secara rasmi sebagai W7VE. Setiap individu ini akan mewakili 7 gelombang terhebat dunia: Sound Wave, Sine Wave, Standing Wave, Gravity Wave, Electromagnetic Wave, Shock Wave, dan Tsunami Wave. Menarik, bukan?

Nyanyian dan peragaan adalah kriteria utama yang dicari kerana W7VE bakal muncul dengan sebuah lagu yang akan memperkenalkan mereka ke persada seni serta melibatkan diri dalam program peragaan dan komersial TV. Bayangkan kemunculan mereka di kaca TV dan pentas-pentas besar!

Ujibakat secara terbuka akan diadakan dalam waktu terdekat. Namun, jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada W7VE, anda boleh menghantar permohonan anda melalui email ke alamat haetalent@gmail.com atau WhatsApp ke 01115545514 https://wa.link/ofi7my.

Jadi, tunggu apa lagi? Ini peluang anda untuk bersinar dan menjadi sebahagian daripada W7VE! Adakah anda yang kami cari?

Kongsikan artikel ini