Peminat Pengsan Bila Aktor Ahn Bo Hyun Tayang Otot Kekar Selepas Senaman!

Ahn Bo Hyun, adakah anda matahari? Itulah pertanyaan yang terpancul dari mulut netizen selepas melihat keseksian aktor ini dengan otot kekar yang cantik.

Perkongsian foto di laman instagram aktor ini bikin kecoh ramai peminat apabila dia memuat naik foto tidak berbaju dengan otot yang cantik.

Foto itu telah dimuat naik aktor kacak ini pada 19 Jun 2021 dengan tertulis, tiada matahari! Menjawabnya tajuk itu, peminat mengatakan adakah anda matahari itu?

Antara foto yang dikongsinya di Instagram


Difahamkan, foto tidak berbaju dengan menayang otot kekar itu diambil di halaman rumah selepas dia baru saja selesai bersenam. Selain badannya yang seksi itu, peminat juga amat teruja dengan pemandangan indah dari gambar berkenaan.

Penampilan Ahn Bo Hyun dengan rambut bang dan senyuman manis begitu romantik sesuai dengan latar belakang langit merah dengan matahari terbenam. Ia seperti babak dalam filem saja.

Antara Aksinya tayang badan untuk majalah


Teruja dan tak senang duduk dengan foto itu, peminat memujinya dengan memberikan tanda cinta teramat kepada aktor ini. Ada juga yang mengatakan pengsan selepas melihat gambar ini.

Sementara itu, Ahn Bo Hyun bakal muncul dengan drama terbaru berjudul Yumi’s Cells dan drama Netflix berjudul My Nam.e. Kedua-duanya akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Kongsikan artikel ini