Aktres Korea, Oh In Hye Mati Sebab Serangan Jantung Tapi Polis Suspek Bunuh Diri

Industri perfileman Korea dikejutkan lagi dengan berita kematian yang melibatkan aktres jelita bernama Oh In Hye. Menurut laporan, pihak polis dari Yeonsu dan Balai Bomba Songdo Incheon telah menjumpai In Hye dalam keadaan tidak sedarkan diri dirumahnya yang terletak di daerah perniagaan antarabangsa Songdo, Incheon, Seoul sekitar jam 5 pagi pada 14 September, 2020.

Bagaimanapun, selepas prosedur kecemasan iaitu CPR dilaksanakan, nadi dan pernafasan In Hye dikatakan kembali berfungsi sewaktu dibawa ke hospital berdekatan. 

Pihak polis turut mendedahkan bahawa mereka telah menerima panggilan dari sahabat aktres ini yang memaklumkan tidak dapat menghubungi aktres tersebut. Lebih mengejutkan, pihak polis suspek kematian Oh In Hye adalah kes bunuh diri. Bagaimanapun, pihak mereka masih belum mempunyai kata putus dan membuat penyiasatan lanjut serta maklumat terperinci mengenai kematian ini masih belum diterima.

Berikuran laporan kematian itu, sumber dari ruang pengebumian Hospital Universiti Inha menyatakan kunjungan kematian Oh In Hye telah diatur oleh pihak mereka.

Malah, pihak OSEN melaporkan bahawa Oh In Hye tidak sedar diri kerana serangan jantung. Majlis penghormatan terakhir buat pelakon ini akan diadakan pada 16 September 2020. 

Salam takziah buat keluarga dan rakan mendiang Oh In Hye.

Kongsikan artikel ini